MUHAMMAD ALHADA FUADILLAH HABIB

Belajar dari Masyarakat

**_* *_* *_* *_* *_* *_**

Find Me on Facebook


    ..:: Selamat Datang di ALHADA'S WEBSITE ..::.. Semoga ALHADA'S WEBSITE Bermanfaat Bagi Semua Kalangan ..::.. Jangan Lupa Kalau Mau Mengambil Isi dari Website Ini Harap Mencantumkan Sumbernya ..::.. http://alhada-fisip11.web.unair.ac.id ..::.. Terimakasih Atas Kunjungan Anda ::..

KISAH ASHABUS SABT

diposting oleh alhada-fisip11 pada 16 April 2013
di Cerpen - 0 komentar

 

 

♥ Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Di dalam sebuah negeri yang terletak berhampiran dengan tepi laut, terdapat golongan yang telah melanggar perintahAllah SWT. Allah SWT melarang golongan tersebut menangkap ikan pada hari Sabtu. Kerana hari Sabtu merupakan hari untuk beribadah kepada Allah SWT dan meninggalkan kerja menangkap ikan.

Kebetulan pada hari Sabtu itu pula terdapat banyak ikan-ikan di laut, berkumpul-kumpul dan timbul di permukaan air.Berbeza dengan hari-hari yang lain, ikan-ikan itu tidak pula timbul seperti pada hari Sabtu. Maka golongan tersebut menanti hari Sabtu yang berikutnya untuk menangkap ikan-ikan di laut.

Perkara ini sengaja Allah SWT jadikan sebagai ujian buat hamba Nya. Allah SWT ingin menguji sejauh mana kuatnya hamba Nya berpegang teguh pada perintah Allah SWT. Melalui ujian itu, Allah SWT dapat mengetahui siapakah dalam kalangan hambaNya yang ingkar dan yang patuh akan perintahNya. Sama juga seperti murid-murid yang mengambil peperiksaan di sekolah, melalui peperiksaanlah guru dapat membezakan tahap kebijaksanaan para pelajarnya.

Ketika hari Sabtu tiba, terdapat tiga kumpulan dalam golongan tersebut. Kumpulan pertama ialah orang yang tidak menangkap ikan dan melarang kawan-kawannya yang lain. Kumpulan kedua ialah orang yang tidak menangkap ikan tetapi tidak mahu melarang kawan-kawannya yang pergi menangkap ikan. Kumpulan ketiga pula ialah orang yang pergi menangkap ikan iaitu orang yang melanggar perintah Allah SWT.

Kumpulan ketiga ini telah menangkap ikan pada hari Sabtu dan menjual hasil tangkapannya kepada orang ramai. Pada hari Sabtu, tangkapan mereka semakin bertambah dan duit yang mereka perolehi hasil daripada jualan ikan juga bertambah.

Maka kumpulan pertama telah memarahi kumpulan ketiga disebabkan mereka telah melanggar perintah Allah SWT. Kumpulan pertama tidak mahu tinggal bersama-sama dengan kumpulan ketiga. Lalu mereka membina sebuah tembok untuk memisahkan tempat tinggal mereka. Hanya terdapat sebuah pintu sahaja yang dapat menghubungkan tempat tinggal mereka. Melalui pintu tersebut, kumpulan-kumpulan tersebut saling keluar dan masuk dari kawasan masing-masing.

Pada suatu hari, kumpulan pertama masuk ke dalam kawasan kumpulan yang ketiga. Hal ini disebabkan kerana kumpulan ketiga tidak memasuki kawasan kumpulan pertama pada hari tersebut. Maka kumpulan pertama menjadi hairan lalu pergi meninjau keadaan kumpulan yang ketiga.

Alangkah terkejutnya puak pertama melihat banyak kera yang berkeliaran dalam kawasan kumpulan ketiga. Kera-kera itu tidak mampu bercakap, hanya mampu mengangguk dan menggeleng sahaja. Kera-kera itu adalah orang daripada kumpulan ketiga. Kumpulan ketiga telah dilaknat oleh Allah SWT kerana keingkaran yang telah mereka lakukan. Maka Allah SWT telah menjadikan mereka sebagai kera yang hina dan tersisih daripada masyarakat.

Kumpulan kedua juga telah dilaknat oleh Allah SWT kerana mereka enggan menasihati kumpulan ketiga yang melakukan perkara yang menjadi larangan Allah SWT. Malah mereka juga telah mencela kumpulan yang pertama kerana menasihati kumpulan ketiga. Disebabkan oleh kesombongan mereka itu dalam menasihati kumpulan ketiga, akhirnya kumpulan kedua juga telah melanggar perintah Allah SWT. Kumpulan kedua juga telah menangkap ikan pada hari Sabtu. Jadilah mereka kera yang hina dan disisihkan oleh masyarakat. Wallahu ‘alam..

 

 

-> Puteri Eziana <-

Tinggalkan Komentar

Nama :
E-mail :
Web : tanpa http://
Komentar :
Verification Code :